Kehidupan awal Aubrey Miles

Miles lahir di Caloocan, Filipina, kepada pasangan Victorino Sandel dan Maria Perla Santos. Beliau ialah anak ketiga dari empat beradik.

Pada usia 16 tahun, Miles membintangi sitkom di GMA Beh Bote Nga dan German Moreno Best Friends. Beliau menyertai pertandingan kecantikan yang memberinya pendedahan awal. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di La Consolacion Caloocan.[2]

Ketika menuntut di Konservatori Muzik Universiti Santo Tomas, yang mana beliau mengkhususkan kepada suara dan juga mempelajari piano, penerbit filem Dondon Monteverde memberiknya kontrak 8 filem, kontrak dua tahun bersama Regal Films.